Sabtu, 23 April 2011

exam.bye.

dah mood exam. mana ada mood nak berbelog. walau tak study tapi taknak berbelog jugak, takut rasa bersalah. benci la. serba salah. wish me luck. okbyeokbyeokbye

Sabtu, 2 April 2011

perpustakaan negara kenape aku tak tahu?

oh kenapala aku selama ini tak pergi national library. tadi lepas birthday party budak cute miut tu, aku dengan terujanya pergi ke national library wat kali pertama. sungguh ulu attitude aku. tapi ade aku kesah. yang penting niat aku suci. nak pergi library petang sabtu. mampu?.
first2 aku rasa macam rajinya aku pergi library, faham tak perasaan yang RAJIN NYA AKU? tapi bila sampai sana ramai jugak la so rakyat malaysia rajin, yaey! tapi aku rasa cam best sebab aku dapat pinjam buku dengan menggunakan mykad saje(baru tahu, azab sangat pengetahuan umum).
so grab 2 buku ilmiah yg terpaksa dpinjam untuk buat assignment dan satu novel fiction. thanx national library. lov u. bawak buku balik cepat-cepat pastu tolak spek kt batang hidung supaya nampak macam detektif conan. ok bai. ok bai. nak baca. ok bai.

Jumaat, 1 April 2011

bayi mintak badak. mampu?

esok ada birthday anak akak tempat aku praktikal dulu, kat Jabatan Bantuan Guaman. aku tak tido lagi, sebab fikirkan apa eh nak bagi kat baby tu? die setaun je umo. comel. tapi apa die suke? kan senang kalau semua bayi dah diajar untuk menaip sewaktu diorang lepas lahir. boleh aku email ke fb ke guna apa-apa medium atau sebarang alat elektronik kepada bayi tersebut untuk bertanya, "weh ko nak apa?" then die reply "aku nak patung hippo. huhu ;P thanx" KAN SENANG. SUMPAH SENANG. 

aku rasa lagi elok kalau aku bagi badak ni as birthday present
ley bayi tu bawak mandi sekali. anak suka. ibu setuju.



Ayat Aku Lagi STYLO!

ok ni ayat aku. bacalah. baca betul-betul tau.

Bila aku rasa nak marah je dengan orang tu mesti aku nak cakap dengan die, " ko ingat ko cantik?" tapi bile tengok balik kat cermin, mesti la diorang lagi cantik dan kacak ini kerana aku marah dengan megan fox dan robert pattinson sebab tak bawak aku join red kapet grammy dan ok aku tau la mesti diorang tak faham "ko ingat ko cantik" jadi korang translate la dalam bahasa english lalu aku tak lalu makan dan bertanya, "mama, kenapala keturunan kita takda darah omputih? amir nak hidung elok terletak macam vampire kacak jadi sila bagi duit untuk amir buat pembedahan plastik" lantas mak aku cakap "hidung kau dah elok terletak komen lebih-lebih aku sepak, sila bersyukur ok bai" dan ia buat aku rasa ayat mak aku lagi stylo walaupun pendek tapi ia berlagu dan garang-garang manja.

*moral of the AYAT, sila bersyukur dengan rupa anda. "tak akan melayu ilang di bumi"- by Hang Tuah. so suka la dengan wajah melayu kita. ok sila faham.