Khamis, 31 Mac 2011

Selfish betul lah korang ni. kecuali aku. boleh tak?

tadi aku baca paper berita harian. (kalau tak silap) ok la watever la. aku terbaca2 la semua2 insiden2 yang membuktikan kita memang selfish. yah yah. memang selfish kalau orang tengah meraung kesakitan kita plak duk pulun kaut beras masok dalam plastik, helmet, handbag pon ada ko. mesti Louis Vuitton dah kena start design handbag siap ada tempat isi beras. oh lagi satu. ada jugak kes yang duk kutip2 syiling time accident tu. bernas!. kutip syiling simpan. nnt raya senang nak bagi kat anak2 buah sorang 50sen. tu pon kalau budak2 tu nak hadap 50sen tu kan. silap haribulan dahi ko benjol sebab kena campak balik 50sen tu. budak sekarang kan ganas

melalui pemerhatian aku korang-korang lahir kat malaysia ni memang selfish la. sebab dia kan..

1. korang kalau jumpa wallet tak pernah nak pulangkan document2 penting dalam wallet tu macam ic, kadbank, license. kalau nak pulangkan kat balai memang mimpi lakan? tak kesa la kalau korang dah amik 5 inggit dalam wallet tu. tapi pos la balik wallet tu. mungkin wallet tu berat. tapi pos la balik ic tu. mungkin ia memakan kos singgit dua. tapi jangan la risau, tulisla number phone korang, nanti aku topupkan korang balik 3 ringgit. tengok. korang da untung kan? tapi setelah ilang ic sebanyak beberapa kali, aku dah kerugian beratus tao bayar denda. jahat la korang ni. lain kali pos ye. ikut alamat kat ic.

2. korang kan. korang tak reti jaga toilet awam. geli sey. yang ni sumpah cam gampang. apa guna flush dan getah air? sila jirus. sebab bagi korang, biar la yang penting aku dah lepaskan hajat aku. orang lain boleh masuk kubur.

3. pastu kan, korang suke buang sampah merata-rata. yang ni aku pon sama dulu. tapi macam bodohkan kalau fikir. kita selalu cakap eh u know i baru balik dr singapore negara die sumpah bersih bukan cam malaysia. kotor. tapi kita makan ice-ceram mat kool pelangi, plastik pembalut campak longkang. batang kayu tu buang tepi jalan. ok bai

4. pastu kalau korang bawak kereta mahal buatan eropah, german tempat lahir Hitler, dan sebagainya korang mesti nak rasa diri tu ensem. pastu da rasa ensem kenala bawak kereta lajulaju. pastu korang pun mampu tersenyum puas sebab dapat buat pemandu lain mara. aku tak lah drive tapi tengok pun sakit ati. selfish tao. manaboleh bawak kereta mahal pastu berlagak. patutnya tumpang kan la saya dan rakanrakan.

pastu banyak la lagi nak cerita sumpah tak larat. so aku nak terkecuali dari korang boleh tak. ye aku tao tak boleh. sebab aku pon sama. aku pon akan bawak ferrari pastu buat bunyi VROOOOMMMMMM sambil makan eskrem pastu buang plastiknya kat jalan waktu lampu merah. pastu benti jap sebab nak terkucil sebab banyak makan eskrem tadi. dah kuar toilet aku jumpa wallet aku amik duit lam wallet tu wat bayar tol pastu aku wallet tu aku campak lam jamban tanpa flush. ok bai.

Rabu, 30 Mac 2011

can u load faster?

aku tahu line wifi kolej macam lembapakupuntaktahunakkataapa. tapi semalam kau membuktikan kau mampu loaded youtube laju. (ok tak lah laju sangat) tapi aku nak tengok ANTM neh. tolong laju boleh tak? boleh ya. esok tak laju pun tak apa, sebab aku  nak buat assignment. bolehkan?

aku pergi super junior concert!

sangat lambat nak masok kan citer pasal pegi konsert suju neh~ haishh. sibuk yang teramat melanda diri. aku benci assignment. aku benci test. sekian. ok berbalik pada hari konsert itu. aku pergi dengan akak aku yang amat teruja untuk menengok semua laki2 korea yang SUMPAH hensem dan elok paras rupanya. haish. bila tengok diorang. rasa, sedihnya muka aku ni. ish ape ni. syukur2. ye aku bersyukur.

2 tiket VIP. die tak tulis. aku masok pon terkejut tetiba ini seat VIP!.
harga dia RM 0.00 sbb guna matawang Euro. sila faham


muke teruja nak masuk. bibir kak tila sedikit nipis dari adiknya.
harap maklum

ahli suju da masuk. ntahsapanama aku tak tao 


tila: mana siwon ku?
aku: tu hujung. eh silap. itu pak guard.
tila: esok jugak aku takel pak guard bermuka siwon itu
 ok. keterujaan yang melampau. sampai perlukan tisu sekotak lap hidung kak tila yang berdarah akibat nampak siwon depan mata.

diorang terbang sambil campak2 kertas2 bintang. aku macam. waaa. 

ntahsapanama yang kalau keluar semua orang sorak
macam nak mati tengah nyanyi

banyak lagu diorang aku tak berapa familiar sangat sebab aku tak follow sangat. cuma lagu-lagu popular mereka je aku follow. so, ade la 3, 4 lagu yg aku totally enjoy. yang lain tengok diorang menari-nari yg kool tapi sumpah gempak. 

youalls ready tak ni? i janji i gelek kalau youalls
jerit sampai stadium pecah!! *sumpah aku harap die cakap macamni*
siap ada cakap2 pastu ade subtitles. baru kewl bro. cewah. 

ni lagi sorang yang super kewl rambut emas pose depan kiteorg plak



taugeh berjalan2. hebatttt. sapa dapat kire berapa taugeh yang
terlekat kat badan dong hae. menang

encik capsicum tolong cendawan bangun. MAMPOO? 

ok diorang nak da.ok bai diorang bilang

jadi kesudahan nya sangat berpuas hati. sebenarnya puas hati sebab dapat tengok tarian diorang. selama ni duk tengok kat lam video atau MTV channel je kan. sekarang dapat tengok live. pueh hati aku. SUJU sila jangan malu datang malaysia lagi. konpem stadium penuh sebab korang. BYE BALIK KOREA ELOK2. jangan2 diorang dah sampai korea tengah makan tengok tv dengan SNSD. cis!.



kau susah. ada aku kesah??

Semua orang pernah susah kan? kalau siapa yang hidup kat dunia ni boleh berkata, saya tak pernah susah. sila daftarkan diri jadi sifu untuk rancangan mentor tv3 kerana aku sumpah nak apply untuk jadi anak didik anda. susah dah satu hal, masalah kedua ada ke orang yang nak tolong? sila check contact name dalam phone anda dan kira berapa orang yang boleh tolong anda waktu susah begini dan kesedihan begitu. sila tolak nama mak bapak kerana golongan ini akan berkorban,jiwa dan raga dan akan melompat kedalam bara api untuk menyelamatkan korang cewahhh. ok setelah dicheck.........yah yah memang sedikit kan bilangan nama yang boleh diharap?.....

sila tutup phone, tapi jangan la off kan phone tu pulak karang susah orang nak carik dan mula online

wah. best ada facebook, chatting, twitter bagai. sila cari disini, antara kawan korang yang wah berjuta-juta, selalu like post korang dan komen-komen manja dengan korang suke tauuu, mampu ke mereka untuk berada di disisi anda disaat anda perlukan pertolongan? sakit hati pula bila berfikir jadi sila logout dan offline.

jadi berapa ramai kawan yang boleh betul-betul bergelar kawan dalam hidup kita? dan disebaliknya juga adakah kita sendiri juga mampu menjadi kawan yang baik untuk mereka?  fikirkan ok. okbai

Khamis, 24 Mac 2011

tragedi carutan

hari ni lets kita mencarut diri sendiri. sebab hari ini aku telah mencarut ke arah muka aku sendiri tanpa aku sedari. ok nak citer ni. hari kelas aku start pukul 10.30am so aku pon bangun dengan pantas. ok tengok jam dah pukul 10.35am so amik towel mandi. sampai kelas pukul seblas lebey. ade aku kesahhh.

ok x kesah la tuh. pastu next class pukul 2 kan. so aku dengan pose professornya. mintak soalan tutor sebab aku nak buat waktu lunch itu. so da fotostat bagai aku pon marathon pegi bilik makan, dan terus baca semua notes2 yang aku ponteng tak datang kelas2 sebelum ini. pastu macam roomates tengok macam eh hebatnya budak ni makan sambil study tulis laju-laju. kannn.. walhal...

so tengok jam. eh dah pukul 2 ni. kena cepat. aku pun lari-lari anak macam doktor-doktor dalam cerita grey anatomys ke bilik bedah.

sampai fakulti. ok kena jalan perlahan-lahan supaya tak kantoi lewat pegi kelas, so macam orang tanya hei ko nak pegi mana? jawab la nak pergi fotostat. faham? nampak.. imej korang terjaga. orang akan fikir, hebatnya petang-petang macam ini masih fikir tentang notes. walhal....

aku pun berjalan-jalan naik turun carik kelas. nampak nya kelas dah bertukar tempat. hurm jauh aku berjalan.

sampai kelas,masuk dan duduk. selepas 30 minit. ish nak pegi toilet la. aku berjalan depan kelas.

30 minit kemudian lagi, ish! nak pegi toilet lagi. aku berjalan lagi.

ok kelas dah habis. cepat balik buat assignment insolvency pulak. aku pun berjalan. sepanjang perjalanan aku terpandang selipar pompuan tu, aku berbisik daalam hati. matilah berbisik. "comel selipar pompuan ni. ada ribbon terjuntai pulak" so aku pun terjeling kat selipar aku.. YA ALLAH, SELIPAR AKU SEBELAH SELIPAR JAMBAN ROOMATE AKU. aku maksudkan betul2 selipar jamban. yang korang buat pergi jamban. gabungan warna dia memang da macam kaler sari ye.jadi selipar aku hari ini yang aku berjalan-jalan menadah muka kat orang selama ini sebelah lain, sebelah lain.

maruah aku dah terdiskaun 70% hari ini.


arghhh! tidak. kenapa sebelah lain!

*gambar carik kat google sajo!*

Khamis, 3 Mac 2011

Bad Luck!

hurm. macamana nak start. bila kite terasa yang kita sangat3 bad luck. apa yang kita buat semua tak kena masa. bila masa dah kena, kita pulak yang spoiled the moment. hurm.
test teruk.
kewangan teruk.
pengurusan masa teruk.
kualiti tidur teruk.
macam2 lagi la.
hurm. takde mood. sumpah