Rabu, 30 Mac 2011

kau susah. ada aku kesah??

Semua orang pernah susah kan? kalau siapa yang hidup kat dunia ni boleh berkata, saya tak pernah susah. sila daftarkan diri jadi sifu untuk rancangan mentor tv3 kerana aku sumpah nak apply untuk jadi anak didik anda. susah dah satu hal, masalah kedua ada ke orang yang nak tolong? sila check contact name dalam phone anda dan kira berapa orang yang boleh tolong anda waktu susah begini dan kesedihan begitu. sila tolak nama mak bapak kerana golongan ini akan berkorban,jiwa dan raga dan akan melompat kedalam bara api untuk menyelamatkan korang cewahhh. ok setelah dicheck.........yah yah memang sedikit kan bilangan nama yang boleh diharap?.....

sila tutup phone, tapi jangan la off kan phone tu pulak karang susah orang nak carik dan mula online

wah. best ada facebook, chatting, twitter bagai. sila cari disini, antara kawan korang yang wah berjuta-juta, selalu like post korang dan komen-komen manja dengan korang suke tauuu, mampu ke mereka untuk berada di disisi anda disaat anda perlukan pertolongan? sakit hati pula bila berfikir jadi sila logout dan offline.

jadi berapa ramai kawan yang boleh betul-betul bergelar kawan dalam hidup kita? dan disebaliknya juga adakah kita sendiri juga mampu menjadi kawan yang baik untuk mereka?  fikirkan ok. okbai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan