Khamis, 24 Mac 2011

tragedi carutan

hari ni lets kita mencarut diri sendiri. sebab hari ini aku telah mencarut ke arah muka aku sendiri tanpa aku sedari. ok nak citer ni. hari kelas aku start pukul 10.30am so aku pon bangun dengan pantas. ok tengok jam dah pukul 10.35am so amik towel mandi. sampai kelas pukul seblas lebey. ade aku kesahhh.

ok x kesah la tuh. pastu next class pukul 2 kan. so aku dengan pose professornya. mintak soalan tutor sebab aku nak buat waktu lunch itu. so da fotostat bagai aku pon marathon pegi bilik makan, dan terus baca semua notes2 yang aku ponteng tak datang kelas2 sebelum ini. pastu macam roomates tengok macam eh hebatnya budak ni makan sambil study tulis laju-laju. kannn.. walhal...

so tengok jam. eh dah pukul 2 ni. kena cepat. aku pun lari-lari anak macam doktor-doktor dalam cerita grey anatomys ke bilik bedah.

sampai fakulti. ok kena jalan perlahan-lahan supaya tak kantoi lewat pegi kelas, so macam orang tanya hei ko nak pegi mana? jawab la nak pergi fotostat. faham? nampak.. imej korang terjaga. orang akan fikir, hebatnya petang-petang macam ini masih fikir tentang notes. walhal....

aku pun berjalan-jalan naik turun carik kelas. nampak nya kelas dah bertukar tempat. hurm jauh aku berjalan.

sampai kelas,masuk dan duduk. selepas 30 minit. ish nak pegi toilet la. aku berjalan depan kelas.

30 minit kemudian lagi, ish! nak pegi toilet lagi. aku berjalan lagi.

ok kelas dah habis. cepat balik buat assignment insolvency pulak. aku pun berjalan. sepanjang perjalanan aku terpandang selipar pompuan tu, aku berbisik daalam hati. matilah berbisik. "comel selipar pompuan ni. ada ribbon terjuntai pulak" so aku pun terjeling kat selipar aku.. YA ALLAH, SELIPAR AKU SEBELAH SELIPAR JAMBAN ROOMATE AKU. aku maksudkan betul2 selipar jamban. yang korang buat pergi jamban. gabungan warna dia memang da macam kaler sari ye.jadi selipar aku hari ini yang aku berjalan-jalan menadah muka kat orang selama ini sebelah lain, sebelah lain.

maruah aku dah terdiskaun 70% hari ini.


arghhh! tidak. kenapa sebelah lain!

*gambar carik kat google sajo!*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan