Rabu, 30 Mac 2011

aku pergi super junior concert!

sangat lambat nak masok kan citer pasal pegi konsert suju neh~ haishh. sibuk yang teramat melanda diri. aku benci assignment. aku benci test. sekian. ok berbalik pada hari konsert itu. aku pergi dengan akak aku yang amat teruja untuk menengok semua laki2 korea yang SUMPAH hensem dan elok paras rupanya. haish. bila tengok diorang. rasa, sedihnya muka aku ni. ish ape ni. syukur2. ye aku bersyukur.

2 tiket VIP. die tak tulis. aku masok pon terkejut tetiba ini seat VIP!.
harga dia RM 0.00 sbb guna matawang Euro. sila faham


muke teruja nak masuk. bibir kak tila sedikit nipis dari adiknya.
harap maklum

ahli suju da masuk. ntahsapanama aku tak tao 


tila: mana siwon ku?
aku: tu hujung. eh silap. itu pak guard.
tila: esok jugak aku takel pak guard bermuka siwon itu
 ok. keterujaan yang melampau. sampai perlukan tisu sekotak lap hidung kak tila yang berdarah akibat nampak siwon depan mata.

diorang terbang sambil campak2 kertas2 bintang. aku macam. waaa. 

ntahsapanama yang kalau keluar semua orang sorak
macam nak mati tengah nyanyi

banyak lagu diorang aku tak berapa familiar sangat sebab aku tak follow sangat. cuma lagu-lagu popular mereka je aku follow. so, ade la 3, 4 lagu yg aku totally enjoy. yang lain tengok diorang menari-nari yg kool tapi sumpah gempak. 

youalls ready tak ni? i janji i gelek kalau youalls
jerit sampai stadium pecah!! *sumpah aku harap die cakap macamni*
siap ada cakap2 pastu ade subtitles. baru kewl bro. cewah. 

ni lagi sorang yang super kewl rambut emas pose depan kiteorg plak



taugeh berjalan2. hebatttt. sapa dapat kire berapa taugeh yang
terlekat kat badan dong hae. menang

encik capsicum tolong cendawan bangun. MAMPOO? 

ok diorang nak da.ok bai diorang bilang

jadi kesudahan nya sangat berpuas hati. sebenarnya puas hati sebab dapat tengok tarian diorang. selama ni duk tengok kat lam video atau MTV channel je kan. sekarang dapat tengok live. pueh hati aku. SUJU sila jangan malu datang malaysia lagi. konpem stadium penuh sebab korang. BYE BALIK KOREA ELOK2. jangan2 diorang dah sampai korea tengah makan tengok tv dengan SNSD. cis!.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan