Isnin, 14 Februari 2011

Best Friend Forever. Is it for real?

kawan baik. macamana korang define seorang itu kawan baik korang. ye semua orang boleh jadi kawan. tapi sejauh mana kebaikan yang diperlukan untuk menjadi kawan baik? adakah satu standard diperlukan untuk meletakkan seseorang itu kawan baik? atau ia cuma terjadi begitu sahaja.

kawan baik memang hebat. dia mampu membuat anda rasa lengkap. rasa seronok. semua good feeling lah kata orang. bila dia datang je korang tak sabar2 nak kenalkan dia dekat kawan-kawan korang yang lain. "ni lah best friend aku!.." kawan baik memang best. dia memang faham anda luar dalam. dia lah segala-galanya. bila korang alami sesuatu atau nampak sesuatu dia lah orang pertama korang nak call or text. " wei, aku baru lepas break up.. isk" atau " weiii!!! tadi aku salam dengan sathiya!!" semua lah benda nak dishare tanpa rasa jemu. memang best kan.....

tapi untuk memulakan dan meletakkan seseorang menjadi kawan baik memang mudah. tapi untuk mengekalkan persahabatan itu serapat macam itu untuk tempoh yang lama itu yang payah. teramat payah.

susah kan bila kawan yang biasa menjadi kawan baik anda tiba-tiba tak lagi menjadi kawan korang. walau dekat macamana pun kita tetap merasa jauh dengan mereka. hati kita tak akan sama macam dulu.dulu dia orang yang kita tunggu2 untuk berjumpa tapi sekarang dialah orang yang kita paling nak elakkan untuk bertembung.  bergaduh, memang perkara biasa. tapi bila kita bergaduh dengan kawan baik then tak bercakap untuk satu tempoh yang lama, kita akan cenderung untuk melepaskan dia dan move on.

tapi sampai bila? bila kita move on kita pasti akan berjumpa seorang lagi manusia yang akan menawarkan persahabatan yang sama dengan kita. tapi persoalan nya adakah kita akan melakukan kesilapan yang sama dalam percubaan mengekalkan persahabatn dan terus melukakan hati kita.


sudahnya, lebih baik kawan ngan anjing dari berkawan
 baik ngan manusia yang bersifatkan anjing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan